Rabu, 14 November 2012

29 Zulhijjah 1431H ke 29 Zulhijjah 1433H

Selamat menyambut akhir tahun 1433H....

Alhamdulillah, seandainya esok masih bernafas, dapatlah kita semua menyambut 1 Muharam 1434H....

Hari ni genap 2 tahun umur tomei kami Nuha Safiya Binti Muhamad Safwan....
Tanggal 29 Zulhijjah 1431H, Isnin, 5.55 pagi...lahirlah puteri sulung kami....Tomei...

Cepatnya masa berlalu kan....

Semoga Nuha Safiya membesar menjadi anak yang solehah, cerdik dan pandai....sentiasa ceria dan sihat sejahtera serta dilindungi olehNya...

Semoga Nuha Safiya menjadi kebanggaan Mommy n Daddy...atau panggilan tomei pd kami...mmhiii..and didhi....kadang2 aammhiiii....Alhamdulillah Nuha dah boleh panggil mommy pd usia dia 1 tahun 10 bulan...panggil didhi awal lg, 1 tahun 7 bulan....aper pun Alhamdulillah....

Terima kasih Ya Allah, kerana menganugerahkan Nuha Safiya kepada kami...


**Entri ni berjadual....sbb rasenya selalu miss bile smpi harinya...so wat awal...post kendian ek...

Demi suatu masa.....Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-2 tomei mmhiiii

Rabu, 7 November 2012

32 tahun yang indah....

Alhamdulillah....hari ini, diberi kesempatan oleh Nya untuk hidup didunia ini.....

Semoga hidup saya sentiasa diberkati oleh Nya...diberi perlindungan, diberikan kesejahteraan hidup, kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan jalan hidup saya serta segala aper yang sedang saya usahakan sekarang...

Semoga saya dapat menjadi isteri, mommy, anak, adik dan sahabat yang baik kepada suami saya, anak saya, mak n abah saya, kakak n abang saya serta semua sahabat saya....

Semoga saya menjadi seorang insan yang berguna untuk sesiapa dan apa pun  jua....

Semoga perjalanan study saya lancar, dan semoga semua dugaan dan halangan yang saya hadapi semalam, hari ini dan mungkin esok, ditunjukkan jalan serta dipermudahkan untuk saya lalui semuanya.....

Amin...

Terima kasih Ya Allah, kerana dipanjangkan usia, diberi kesempatan untuk terus hidup di dunia Mu ini....

Terima kasih kerana menganugerahkan saya seorang suami yg penyayang, Muhamad Safwan Isa, seorang anak yang tomei, Nuha Safiya Muhamad Safwan....serta keluarga yang begitu menyayangi saya....

Terima kasih kepada Mak, Hajah Hasimah Haji Yusof dan Abah, Haji Parimin Haji Amad kerana melahirkan , membesarkan, mendidik serta menyayangi saya, sehingga saya sekarang ni....

Terima kasih kepada kakak-kakak dan abang saya yang bersama saya selama ni

Terima kasih kepada saudara mara serta rakan taulan yang banyak meyokong saya selama ni....

Terima kasih Ya Allah...Terima kasih untuk semua

Demi suatu masa....Syukur ku pada Mu...