Jumaat, 29 Julai 2016

Kolesterol, IGT dan Shaklee

Salam 24 Syawal.
.
Alhamdulillah, terima kasih Allah.
.
Mode syukur lepas jumpa medical Dr semalam, 23 Syawal, review results FLP & HbA1c. Pasni kene makan secara sihat yer mommy.
.
Hampir 7 bulan saya rahsiakan atau dgn kata lain tak berceria tentang hal ini dari sesiapa. hanya hubby, misi dan Dr terlibat saja yang tau. Sebab tahap stress yang sangat tinggi saya alami. dan akhirnya harini saya beranikan diri tulis dalam blog ni, tuk saya kongsikan dengan sesiapa yang sudi membaca, semoga dapat jadi sedikit panduan buat yang lain.  itupun lepas tengok results semalam yang dikira baik la kan.
.
Semua sbb GDM ms preggy kan Budak Adik yg skrg nk masuk 9 bulan pun dah. owh sebagai tambahan. Lepas sangkut results MGTT (4.7/8.7 mmol/l) dan didiagnoss GDM, sy wat plak HbA1c then resultnys 5.5 mmol/l. So sebenarnya gula masih normal. Cuma badan saya takleh handle gula sekali harung yg byk ms minum air gula tu kot. Kot la kan.
.
MGTT ngn FLP lepas 2 bulan lebih bersalin sangkut plak results kolesterol n IGT😢😢😢. Berhari2 or lebih tepat berbulan2 gak stress. Ehh aku IGT ker?. Kolesterol tinggi ke? (padahal mmg dh rase dr dulu kolesterol tinggi sbbnya sy tak boleh mkn ketam, akan jd berpinor mata). Org kata (tu org kata ar) tu sbb kolesterol tinggi. Tp tak penah cek. Tapi antara dua tu, sy paling risau/stress dgn IGT. Kenapa? Entah la. Tapi yg pasti dua2 tu patut dirisaukan pun. Diabetes tu menakutkan, sakit jantung mengerikan. so sama ar dua2 pun.
.
Makanya lepas kembali dapat berfikir secara normal, saya pun mula ikhtiar tuk kontrol makanan yang dimkn dan ambil supplement. saya ambil supplement Shaklee.
.
Bacaan MGTT saya 4.4/8.9...so terus dikategorikan IGT. apa dia IGT?. nahhh
.
From Wikipedia, Impaired glucose tolerance (IGT) is a pre-diabetic state of hyperglycemia that is associated with insulin resistance and increased risk of cardiovascular pathology. IGT may precede type 2 diabetes mellitus by many years. IGT is also a risk factor for mortality. 
According to the criteria of the World Health Organization and the American Diabetes Association, impaired glucose tolerance is defined as:
  • two-hour glucose levels of 140 to 199 mg per dL (7.8 to 11.0 mmol/l) on the 75-g oral glucose tolerance test. A patient is said to be under the condition of IGT when he/she has an intermediately raised glucose level after 2 hours, but less than the level that would qualify for type 2 diabetes mellitus. The fasting glucose may be either normal or mildly elevated

so saper tak takut IGT kan. dalam family saya mmg takde history diabetes, sakit jantung, darah tinggi, gaut dan aper2 penyakit merbahaya lain. jadinya bila saya sangkut IGT mmg sangat takut.
tapinya dalam family hubby saya, mmg diabetes, jantung, darah tinggi sudah sedia maklum.
.
Info ttg kolesterol: Bacaan paras kolesterol ialah untuk mengetahui sama ada paras kolesterol dalam darah berada di paras selamat atau tinggi, bacaan biasanya terbahagi kepada 2 iaitu high-density lipoprotein cholesterol (HDL) dan low-density lipoprotein cholesterol (LDL). Normal bacaan untuk Paras kolesterol ialah 5.2mg/dl dengan bacaan LDL tidak melebihi 2.6mg/dl dan HDL tidak kurang 1.0mg/dl.
.
kronologi:
1) 7 Jan 2016; saya buat ujian MGTT ngn FLP lepas bersalin. Bacaan MGTT adalah 4.4mmol/l (sebelum) dan 8.9mmol/l (selepas). manakala bacaan kolesterol adalah 7.3mg/dl, bacaan LDL5.3mg/dl (kolestrol jahat ni).

2) 24 Mac 2016; review result dgn Dr, then Dr bg tempoh 4 bulan tuk control or turunkan bacaan. tak perlu ubat-ubatan.  lepas ni la sy ikhtiar dgn shaklee.

3) 20 Jun 2016; repeat FLP & HbA1c

4) 28 Julai 2016; Dr review result FLP & HbA1c. results FLP, bacaan kolesterol 5.9mg/dl, LDL 4.1mg/dl. HDL 1.4mg/dl. manakala HbA1c 5.1mmol/l.

rumusan:
MGTT 12weeks pregnant 4.7/8.7mmol/l & HbA1c 5.5mmol/l
MGTT 2 monts after delivery 4.4/8.9mmol/l to HbA1c 5.1mmol/l

Kolesterol 7.3mg/dl to 5.9mg/dl
LDL 5.3 to 4.1mg/dl
HDL sebelum tak ingat to 1.4mg/dl

mengikut kata Dr, untuk saya dikategorikan risiko rendah. seeloknya turunkan lg paras kolsterol tu. tapi Dr tak cakap sampai berapa. bila tanya pun Dr ckp, kes setiap org lain2. Tapi misi ade ckp seleloknya turunkan lagi bawah 5.2mg/dl. dan turunkan LDL lg Dr cakap. tuk HDL dh ok sbb atas 1mg/dl. so sebabkan saya ketegori risiko rendah, next TCA adalah setahun lagi. tak payah dok ulang klinik kerap2. tapi kene beringat dengan diri sendiri tang bab makan ar kan. tu tak tengok tang berat badan lagi....huhuhhu pengsannnnn.

makanya lepas jumpa Dr semalam, hati ade berbunga2 riang sedikit. sebenarnya mlm sebelum fasting tuk ujian FLP pg tu, sya bedal makan seafood byk gak. ngam2 kul 10pm stop mkn, nasib bacaan masih ok. yelah, jgn sbb satu mlm, hancur diet 4 bulan. fuhh ngeri. tapi saya tak cite kat Dr pun cara diet saya. dr pun tak tanya. sy cite kat misi jer sy makan supplement shaklee.

tapi Dr ade pesan, sekali kita di diagnoss high kolestrol level dan IGT, risiko dah ade disitu. even kita dh turunkan paras kolesterol kita dan bacaan gula terkawal, ade kemungkinan akan berulang. jgn bagi ada apa2 faktor lain trigger dua2 ni. lagi mudah nk kene semula.

masa awal2 didiagnoss GDM, dr kenalan2 yg ade sejarah dan pembacaan, ramai ckp pas bersalin hilang, ujian MGTT pas bersalin cantik semula. tapi TIDAK SEMESTINYA. setiap individu berbeza. jangan samakan badan kita dgn badan org lain. Hanya kita yang tau ttg badan kita sendiri.

ok la cukup kot kisah kolesterol dan IGT ni. nk sambung kisah SHAKLEE pulak.

Saya berkenalan dengan Shaklee pada hujung2 2nd pregnancy. masa tu sy dh start kene sembelit. saya ambil ubat di klinik swasta, tapi ubat hanya merawat tika tu jer. so saya teruskan pembacaan, sampailah saya jumpa seseorang menulis tentang OsteMatrix. Ostematrix bukan hanya mengandungi kalsium tetapi juga magnesium yang berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan menyerap air ke dalam usus agar usus berfungsi dengan lebih baik. Hasilnya  pergerakan otot dan usus berjalan lancar seterusnya mengelakkan sembelit daripada berlaku. percubaan saya agak berjaya juga, boleh la jugak control sembelit tu.

lepas tu saya beli Vit C plak sbb saya selalu selsema dan bersin2. kebetulan Vit C dah abis, saya terus beli jenama Shaklee.

then masa berpantang saya mmg dah beli siap2 set berpantang, tapi sebabkan saya bersalin czer dan baby jaundice segala set2 tu sy tak guna pun. saya cuma mkn supplement yg hospital bekalkan, Vit C, Iron, B Complex, Acid Folic. dan lepas abis pantang, sy ade 2 masalah utama iaitu (i) susu badan tak meriah dan (2) badan rase tak betul2 sihat, dan tempat czer rase ngilu, sakit kat tumit. saya tak berurut dan berbengkung sbb czer. lepas pantang mmg ade ckp boleh urut n bengkung, tapi sy cuba bengkung dan saya rase ngeri. yelah sbb sorang2 pantang sendiri, maka sendiri la decide dan rasa apa sahaja. lepas tu la sy beli set pantang n menyusu Shaklee. Saya beli ESP, Vitalea, B-complex, Alfalfa, OsteMatrix, Lecithin, Omega. Masa beli set ni saya dapat ahli percuma. so saya ahli shaklee berdaftar ar skrg.

Lepas tu saya beli pulak Garlic, Vit E dan Zinc.

Alhamdulillah setakat saya amalkan semua ni (Vit C, ESP, Vitalea, B-complex, Alfalfa, OsteMatrix, Lecithin, Omega, Garlic, Vit E, zinc), banyak perubahan yang saya rase dalam seminggu-dua saya dapat rase badan saya mula bertenaga. nampak mmg byk kan, tapi mkn bukan sekaligus. saya bereksperimen 3-4 kali jugak nk serasi dgn badan saya. dan keseuaian cara makan dan waktu mkn.

tapi disebabkan saya mmg tak suka minum susu dan seangkatan dgnnya, sy kurang amek ESP...huhu.... dan walaupun saya dh cuba mkn supplement ni, susu tetap tak meriah sbb takde demand dan supply. baby dah sedap FM. saya gigihkan perah dan bagi kat baby. walaupun dari segi penghasilan susu tak berapa berjaya, tapi kesihatan saya makin ok. tu apa yg saya rase.

lepas dpt results kolesterol dan IGT, saya tambah lg supplement iaitu Phytocol-ST dan GLA complex. owh saya juga guna injection depocon tuk kaedah merancang, so hormon mmg tunggang langgang, so saya rase GLA mmg membantu.

lepas2 tu beli jugak cream herbal blend buat sapu2 ape yg patut.

bulan lepas sy tambah lagi Herb-lax, DTX complex dan peppermint-ginger plus. yg ni nk detox pulak.

so saya rase saya dah buat koleksi supplement Shaklee ni dah macam mini farmasi kat umah. tapi tak semua saya makan hari2. dan cara pemakanan pun tak sama dgn org.

camna cara saya pilih cara mkn saya? Saya berdaftar ahli dgn Joey, so dia yg byk consult cara mkn dgn saya awal2 dulu. lepas tu sy byk baca dr tenet apa shj ttg shaklee. so sy sesuaikan dgn diet dan cara mkn saya sendiri. kalo nk consult org mmg saya tak pandai. kene cari mereka yg bertauliah dan byk ilmu tuk consultation. joey ade ckp, kalo sy nak start aktif inform dia jer. tapi nantila dulu. plate sy dh almost full. nk cari masa cam tak kesampaian lg.

dan Alhamdulillah, dengna izin Allah dan ikhtiar mkn supplement shaklee saya berjaya turunkan bacaan kolesterol saya dan mantain bacaan HbA1c saya.  saya sempat habiskan 2 botol Phytocol-ST dan beberapa botol Omega gak ar tuk pastikan kolesterol turun. sebenarnya setiap satu supplement ade manfaat pelbagai yg berbeza. kadang2 bila baca rase nk mkn semua. over kan.... sekarang pun saya takdelah telan hari2 semua tu. ade yg kadang2 jer.  yg saya continue hari2 skrg adlah lecithin, omega, B-complex, Vita C, Vitalea. yang agak kerap juga adalah GLA, sbb susah nk fix masa mkn. sbb taknk amek sama ngan vitalea. pastu selalu miss or lupa. garlic sy mkn ikut keperluan. keperluan badan saya ar. hahaha. Vit E dan alfalfa pun kadang2 sbb selalu lupa dan konon taknak mkn serentak. Phytocol plak sebelum amek test darah mmg kemain disiplin. pas2 amek ujian darah terus malas. time ingat jer mkn. ms belum wat ujian boleh pulak ingat kan. yg peppermint, DTX ngn Herb-lax jarang2 sgt amek. kadang seminggu sekali jer. herb-lax dh jarang amik sbb bile dh mkn alfalfa dan ostematrix dah lawas dh so tak perlu dh herb-lax. tapi bile rase nk detox tu kadang amek la jugak. alfalfa pun dah cukup elok tuk sy detox sebenarnya. tapi sbb benda mmg dah ade depan mata, dan beli guna duit sendiri, maka adjust la bg mkn jugak. boleh la kan...

tapi tang berat badan saya belum barjaya turunkan....owhh nangessss.

dan saya belum penah try Vivix lg. ade gak baca2 ttg carotomax dan CoQHealth. banyak dah supplemnet pun dok servey lg kan.

semoga semua perkongsian saya disini dapat memberi peringatan kepada diri saya dan moga bermanfaat kepada yang lain.

aim nk tutunkan berat badan belum berhasil. adakah disebabkan depocon tu atau saya yng sememangnya kuat mkn.... huhuhu. bila badan naik mulalah salahkan hormon segala bagai. biler selera mkn macam2 mula pikir, ahh mkn sekali sekala jer.... huhu nanges sekali lagi.

ok ar, cukup la dulu. nnt bile ade benda lain nk cite kita sapu sawang lagi ek.

Demi suatu masa... Allah Maha Besar

Jumaat, 1 Januari 2016

2016

Assalamualaikum. Selamat menyambut tahun 2016 kepada semua.



Harini kita ulang siar gambar sayer kakak jer ar sempena pendaftaran tadika pg td. Tuko color jer. Mommy, daddy, kakak n adik g sekolah kakak nk daftar tp dtg berlenggang tak bw dokumen aper. Sbb kan sekolah yg sama. Rupanya nk juga salinan ic n surat beranak. Mmg tak bw ar. Kami bawa duit jek... alhamdulillah setel daftar kakak. Permulaan yg baik hendaknya tuk 2016. Kami amek pakej yg sama gak thn ni tadika + day care II smpi kul 5.30pm. Thn lepas pun amek pakej sama tp hanya 2 mgu tido kt day care. Yg lain semua blk kul 12. Yg leh tido pun lepas Araz lahir dan ada satu hari lmbt amek dlm kul 1.30pm. Dia dah mkn mandi..siap tgh tido lg. sepersalinan bj mmg sentiasa bw dlm beg hari2. Lepas tu dia sendiri mintak nk tido kt sekolah. br masuk 2 mgu dah kene chicken pox. Pastu cuti sekolah akhir tahun. Abis dah sekolah. So thn ni kene dok skolah sampai ptg ar.

Owh selain copy ic n birth cert, nk jugak gambo. Nasib gambo thn lepas mom wat byk. So pakai yg tu jer. Ade lg 3. 2 bg skolah tinggal la satu kat mom.

Harapan mom semoga kakak terus dapat belajar ilmu dunia n akhirat serta dpt menbentuk peribadi yg berakhlak mulia. In sya Allah. Semoga kakak dpt belajar berdikari, belajar tuk makan selain dr makanan tegar kakak sbb dia ni peaky eater dan semoga kakak dpt berkawan bersosial dgn kawan2 kat sekolah.

Sebenarnya mom sayu skit bile kakak nk sekolah mgu depan ni sbb mom masih bercuti sebulan lg smpi akhir jan ni. So bile kakak sekolah mom tinggal berdua ngn baby. Nk amek kul 12 tuk sebulan ni takleh gak sbb nk ajar dia stay smpi ptg. So kene mula terus buka sekolah ni. Kalo start feb nnt takut dia refuse plak stay kt day care. Bile mom suarakan kat daddy, daddy pun tak bg. Daddy kata biar dia smpi ptg. Ok bertabahlah mom. Spend masa ngn budak adik bebanyak. Ptg kakak blk leh dengar konsert kakak lg smpi mlm....hambek.   sekarang budak adik dok tgu daddy blk ptg. Cam tau jer timing daddy blk. Pasni musti adik timing kakak blk sama. Yelah sbb dah 2 bln kot kakak jd penghibur siang mlm pg ptg...

Cukuplah smpi sini. Dok karang entey dr ptg dah bw ke mlm sampai dh masuk hari lain dah. Ekceli harini sy berjaya setel 2 benda. Satu ni lah daftar sekolah kakak. Satu lg sal famili planning. Tp taknak citer sini ar. Tak masuk topik. Huhu. Semoga ade kesempatan lg tuk sy berkongsi citer dan pengalaman ttg tu plak.

Demi suatu masa....mommy, daddy & budak adik sayaaaaaaang sayer kakak banyaakkkkk sangaaaaatttt...

Khamis, 31 Disember 2015

Kecelaruan fikiran & emosi

Assalamualaikum.

Dh lama sgt tak menulis. Byk ilham difikiran yg nk diluah tp sepertinya ms tak mengizinkan. Atau sebenarnya masa yg ade sy gunakan untuk yg lain.
Cerita ttg PhD sgt lama tertangguh. Makan tahun dah. Cerita ttg rezeki berganda2 thn 2015 juga tak sempat direncana. Tp kali ni sy nk kongsi kecelaruan fikiran.

Alhamdulillah syukur padaNya saya dapat melahirkan anak pertama sy secara normal di Hospital Daerah. Perempuan. Ms berpantang anak pertama, kakak2 sy ade pesan jgn stress. Kau tau kan sal gila meroyan.... ms tu sy stress byk benda. Yelah anak 1st kan, mana tau nk urus benda semer. dok pjj ngn hubby plak. Mmg dok ngn mak abah tp byk gak urusan hubby buat. Cth basuh bj dan etc etc...Bermula lepas kelahiran, ms tu dihospital...takde saper guide ttg penyusuan susu ibu.... dan seterusnya Rezeki anak sayer bf hanya seketika. Sy gigih pump juga tp anak sy tetap refuse ebm. Direct feed lg dia tak pandai. Berperang sakan ms nk nyusukan dia. Airmata mommy jgn ckp ar. Dan hubby ckp, itu dah ketentuanNya. Sedikit demi sedikit sy mula redha. Sampai satu ms, sy tk ingat bp bulan (atau mmg sy taknak ingat) anak sy total refuse dan dia totally fm. Tu citer 5 tahun ++ yg lepas... Alhamdulillah dia tetap membesar sihat.

Harini cukup 2 bln lepas sy lahirkan anak ke2 sy. Lelaki. Ditakdirkan sy bersalin secara Emergency czer. Sy admit ward ms cukup 40minggu preggy. Tanpa sebarang tanda tuk deliver. Biler cek jln pun x buka lg. Pg tu pas anta kakak di tadika, sy n hubby g bekpes dn serah diri dlm kul 9.30pg. Sy start off internet di fon. Putus hubungan wasup jap ngn kengkawan n famili. Hati sy sayu. Anak kedua sy pilih tuk bersalin di Perlis bertemankan hubby jer. Pantang sendiri. Plan tuk induce esok pgnya. Tp pg tu bile cek jln dah buka 3cm. So terus kene msk labour room sbb bacaan ecg baby tk cantik. Pecah air ketuban kul 9pg then tetibe kul 10pg misi jerit 'brady' berulang2. Sekelip mata penuh misi n dr keliling katil. Sy tny misi blh kanan dia tak jwp. Mata dia dok awas monitor smbil jerit soh panggil MO..yg ade dgn sy masa tu HO jer. Sy toleh misi belah kiri tny kenapa...misi tu ckp kene emergency czer. Ms tu mmg terkejut sgt. Tetibe sy menggigil then misi jerit bp mak naik 160....dtg MO terus explain nk msk alat attach kat kepala baby nk cek jantung. Camtu la lebih kurang. Bacaan sama cm monitor. So mmg bacaan monitor betul...terus kalut tuko katil sign segala borang...tny ttg husben. Tny ttg vaksin segala. Terus disorong dgn berlari2 ke dewan bedah. Tuko katil lg. Sign borang lg. Dr tny ttg alahan, sakit dan segala la. Disorong msk ot Dr lain plak tny lg soklan sama. Dlm ot tuko katil lg. Kene duduk peluk bantal kepala rapat ke dada. Dr nk cucuk bius kat tulang belakang. 1/2 badan. Segala apa yg Dr nk buat dia akan inform. Inject tahan muntah 2x sbb sy muntah 2 kali ms ot tu. Dia akan sedut muntah kita sbb dh kita takleh gerak. Pastu kiri kanan tgn kene drip. Satu yg biasa tu saline kot org pgl (maaf kalo silap) & satu lg pitosin (pun maaf kalo silap) tuk bantu kecutkan rahim. Rupanya pas baby kuo sy tumpah darah. 1200ml. Misi kata yg sepatutnya 500ml shj samada normal atau czer. Dr ade explain sy tumpah darah ms bersalin. Diorang dh ready tuk blood transfusion tp tak jd sbb depa dpt control bleeding tu dan HB sy ok. Before bersalin 12.5. After 11.8 kot. Baru nmpk kepentingan  jg HB..huhu. ms misi jerit brady sy sempat tgk jam kul 10am. Then baby lahir kul 10.20am. Betapa singkat ms yg diambil tuk keluarkan baby sy supaya dpt lahir dgn selamat. Mmg efisen.2

Sebenarnya sepanjang mengandungkan 2nd baby ni, byk dugaan n cabaran kerana peningkatan usia dan berat badan serta penurunan tahap kesihatan. GDM on d/c. Penah bacaan jantung baby lemah ms checkup. Nk dptkan 10 gerak punyalan payah. Ms tu sy diberi sedikit ujian tp diberikan hubby disisi. Ms anak 1st byk sendiri sbb pjj. Ms pregnant sy ade satu instint kata hati bahawasanya kemungkinan tuk bersalin czer tu tinggi. Tp tidak sedikit pun sy cr info ttg bersalin czer. Sy hanya tny serba sikit pd kawan yg bersalin czer dan misi. Sy tau kene warded 3 hari jer. Tp sy taktau yg kene baring telentang 6 jam after czer. 24 takleh jln dan pakai tiub kencing.

Pengalaman paling mencabar adalah selepas discass dr bilik post ot, ms kat ward bersalin. Ms smpi tu tghari ms melawat. So hubby ade. Bile hubby dh blk sbb abis waktu melawat. Maka bermulalah cabarannya. Sy kene telentang 6 jam. So ptg dlm kul 6 br leh gerak. Hanya kepala n tgn leh gerak. Sy tetap kene susukan baby. Tp kene org tlg angkat baby, letak kat tepi sy, suakan niple kat mulut. Semua kene bantuan. Dan sesungguhnya Allah Maha Besar. Sy diletakkan di katil tepi jln utama. So bile baby nk susu or nk angkat bby semula dr sy semua misi akan tlg. Suakan niple pun kene misi tlg. Mmg sy sgt2 berterima kasih dgn semua misi2. Dh pas kul 6pm Dr benarkan sy tinggikan katil bhgn kepala. Tp tak dpt bantal pun. Ntah ar. Mana pegi bantal sy ntah. Dn dh boleh start minum air kosong. Minum sikit2 sbb takut muntah. Tp bile dh mlm sy gigihkan bgn dr katil sbb sampai bile misi nk tlg angkat baby. 1st time bgn mmg pusing tp pelan2 la. Nasib pakai tiub so takyah bgn dr katil. Dan pengalaman tu mmg sgt superb bg sy. Sbb sy takde ilmu so sy redah jer. Dan sy berjaya harungi. dan sy juga takde saper jaga teman sy lepas bersalin.

Baby mmg pandai menyusu. Pelekapan elok jer. Tp masuk hari kedua baby start nangis. Susu cam takde. Sy siap nangis2 bgtau Dr. HO jer ms tu. So dia pgl sister. Mula2 sister tu dtg agak kerek n marah2. Then bile diskusi dan sy nangis dia mula down. Sy strugle bf ms kat ward. Baby almost 24hours lekap sbb macam tak puas susu. Dan esok2nya sister tu jd geng borak sy. Huhu. Sister tu baik sebenarnya tp smlm agak tegas skit. Dan bile discass esok harinya kene g KK cek jaundice. Pg tu bacaan 12.4. Tinggi. Sepatutnya below 12. Misi KK.bg 2 pilihan. Terus g hospital admit ward or try phototeraphy kat KK dulu. Sy decide try kat KK dl. Tp tghari tu bby cranky haus sgt so tk byk dok bwh lampu. Turun takat 12.2 jee. Mlm tu baby kene admit gak. Tghari tu hubby 1st time wat fm. Baby hisap dgn laju sgt. Tp sy tak teruskan fm. Baby warded semlm.jer. esok tghari jaundice dh turun. Kat ward sy tak bekalkan ebm. So baby minum fm gak. Esoknya lg pas discass ward kene cek kt KK lg. Hubby ckp misi ckp kat dia kalo takde susu badan bg fm jer. Sy pelik gak. Esoknya misi yg lawat rumah pun ckp yg sama. Dia ckp sbb sy darah o so susah nk turun. Dia siap ckp kalo blh stop bf dulu bg baik jaundice. So sbbkan sy mmg agak stress sbb risau kan baby so sy bg fm kat baby. Tp bf tetap teruskan. Dan sejak tu baby dh start demand nk fm sbb senang kot. Sy tetap usahakan supaya baby bf jugak even berperang ms nk bf sampai harini. Impian seorang mommy nk bg yg terbaik tuk anaknya. Cuma kali ni kadar stress bf agak kurang banding dgn anak 1st. Mungkin sbb dh ade experience.

Sy tau dan dah biasa rase pandangan org ttg anak fm jer. Perit mmg ade. Sy risau sgt nk bersalin kat hospital kerajaan sbb bf frienly. Sy mmg ade terpikir nk bersalin kat swasta tp risiko tuk sy czer agak tinggi. Dan akhirnya sy ke hospital gomen. Dan sy teruskan checkup anak sy di klinik gomen juga. Alhamdulillah setakat ni bile bgtau misi anak sy bf dan fm depa tak wat muka ketat macam anak 1st dulu. Tp td biler Dr tny, sy bgtau jujur dan terhasillah muka ketat Dr....tu yg terhasilnya entry ni. KECELARUAN FIKIRAN DAN EMOSI. Hubby ckp kenapa tak tipu ckp jer full bf. Sy ckp taknak ar. Nnt kalo ade apa2 hal jenuh nk counter semula.

Bukan sy tk cuba tuk fully bf. Yer sy cuba dan usaha. Tp mungkin usaha sy belum cukup. Sy tak jg mkn sy mungkin so milk production tak produktif. Dan sekarang sy guna cara kalo nk bf baby kene ms dia belum betul2 lapar dan tak cranky. Lebih baik ms dia mamai bgn tido. Kalo dia haus lapar sgt2 mmg jgn harap dia nk bf. Alhamdulillah sy masih dpt merasa nikmat direct bf walaupun sikit. Sesungguhnya sy rase sy faham perasaan wanita yg terjun bangunan ms pantang hr ke 10 kalo x silap sbb takde susu badan. Sy jg bc post seorg Dr ni... bf perlukan support system. Org sekeliling. Saya setuju. Sgt2 setuju. Dan saya seharusnya berbangga dgn diri sy kerana sehingga ke hari ini sy dpt membesarkan anak sy dgn support org sekeliling sy even tak fully bf.. berpantang sendiri dgn 2 org anak, sesungguhnya byk cabaran. Ms usia baby 2 mgu, anak sulung sy kene chicken pox. Tak dpt dikuarantin dr baby sbb kami tiada famili terdekat disini. Hanya minta kakak kurang cium dan sentuhan dgn baby. Sayu sgt hati bile tgk reaksi kakak ms tu. Tp mom n dad tabahkan hati. Kakak belum paham. Dan ms baby 29 hari dia plak kene chicken pox dn sy pun kene esoknya. Masa tu br kami tk halang kakak cium baby. Ms tu baru nampak keceriaan kat muka kakak. Dia happy sgt dpt cium baby. Ya Allah, mmg sayu sgt ms tu.

Dugaan jugak bile baby demam ms kene chicken pox tu. Mujur hanya 2-3 hari. Tu pun mommy tak keruan. Merah mata pikirkan baby. Almost kene admit lg tp nasib Dr benarkan sy jg sendiri kt umah.

Sesungguhnya setiap ujian mengajar sy ttg sesuatu. Setiap sesuatu yg terjadi ade hikmah disebaliknya dan sesungguhnya aturan Allah tu lah yg sebaik2 nya. Saya telah sgt byk dikurniakan kebahagiaan n rezeki berganda2. Allah hanya uji sedikit sahaja sudah kau keluhi. Allah anugerahkan sepasang cahaya mata buat kami supaya kami didik jd insan berguna dan jd bekalan di akhirat nnt. Perjalanan phd sy bernoktah pd tanggal 18 feb 15 bila secara rasmi utm mengiktiraf degree sy. Hubby juga naik gred jawatan begitu juga sy. Kunci rumah baru telah diterima cumanya menunggu sedikit ubahsuai shj. Hubby juga dpt tambah harta dn hutang baru...tuk melancarkan perjalanan hidup kami seharian memandangkan si emas jjj telah 10 thn berkhidmat. Sesungguhnya nikmat ape lg yg nk kau dustakan.

Ya sy sgt bersyukur atas segala kurniaan dariNya. Cuma di ruangan ini sy ingin berkongsi rasa hati yg tak keruan ptg td. Semoga dgn terbitnya fajar tahun baru 2016 esok membawa semangat br tuk sy supaya lebih positif. Biarlah duka semalam bersemadi bersama 2015 yg ditinggalkan. Dan indah 2015 menjadi pemangkin tuk membentuk hidup lebih bermakna

Demi suatu masa....2015 yg indah

Rabu, 29 Julai 2015

Salam 13 Syawal..

Assalamualaikum....semoga belum terlewat untuk saya uncapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin....

Alhamdullah sy diberi kesempatan olehNya untuk puasa penuh pd Ramadhan yg lepas...pada usia kandungan 21-25 mgu masih ade kudrat puasa...kenangan Ramadhan 2010 lepas, ms tu preggy jugak, tp perut dh beso, tak larat pose penuh pun....

Tahun ni turn beraya di kg sy Pontian Johor. kami stay kat JB dr 29 Ramdhan sampai 7 Syawal...pastu ke melaka cuti2 family sampai 10 Syawal....Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan.

semoga dipertemukan lg dengan Ramadhan yg aka datang, In sya Allah....



Demi suatu masa....Aidilfitri 2015

Khamis, 15 Januari 2015

sekolah...hari ke-4

Assalamualaikum...

Kita bagi gambo entry dulu....
 Nama saya Nuha Safiya....ni ajaran mommy sebelum g sekolah....cer tengok tgn mommy nampak kat gambo...huhu..nk teman dia bergambar n nk bg badan dia tegak....boleh lah kan...

Alhamdulillah hari ni dah hari ke-4 Nuha sekolah...entry lepas mommy citer sal hari ke2 kan...alkisahnya hari pertama mommy amek kul 12pm...(ni gambar pg 1st day)


 dia mmg ade ngadu "mommy td adik nangis carik mommy" tp- ms mommy amek muka ok jer, so mommy assume dia nangis pg tu kot pas mommy blk....pastu 2nd day mommy amek kul 4.30pm...nk train dok sekolah la kan...ptg tu masuk jer gate, nampak 2 pasang tgn dok gayut kat grill pintu..kuo je kete, upanya salah sorang tu Nuha...excited tgk mommy...masih pakai tudung sekolah, baju seluar je dah berganti...sbb dah mandi tghari tu...mommy ade bw bekel tudung lain, tudung frozen dlm beg tp cikgu  tak perasan kot....tanya cikgu dia nangis tak...emmm...nangis...sat2 cikgu kata tp kerap...bekas mata bengkak nangis tu mmg ade ar...sayu jer mommy tgk muka anak...dlm kete mommy dah stanby peberet dia...ni gambo hari ke2..


pastu mommy start tanya...nk korek citer bes2, hepi2, bg dia rase besnya sekolah....dia ckp dia mandi ngn cikgu opah...pakai kain kecik...mandi ramai2...tp dia still refuse nk mkn kat sekolah..dia kata dia minum air milo jek....mommy mmg tak terkejut la kan..sbb dia mmg susah nk mkn...mommy doakan semoga dia cepat sesuaikan diri kat sekolah dan boleh mkn ngn kawan2 lain...mommy ckp kat dia, cuba Nuha try makan...mesti sedap cikgu opah masak...emmm cikgu opah ke yg masak?..mommy tak kenal semer cikgu2 lg...heheheh....

pastu dia ngadu...mommy td adik nangis...adik carik mommy....mommy tgk muka dia, sebak sgt...

smpi umah, bg susu, then dia tgk tv, dok ngan mommy, mata dia berair jek...dia takut mommy tinggal dia lg....alahai anak.....sedih nya mommy....

mlm hari pertama tu, diascuss ngan hubby, dah decide nk hantar smpi 4.30pm, tp pas kejadian hari ke2 tu, mlm tu kami discuss, maybe terlalu cepat sgt kita tinggalkan dia...silap mommy daddy jugak ar, kan..tp kalo tak cuba mana nak tau...so semlam kami amek kul 12pm....

ms amek hari ke3 dpt borak jap ngn cikgu Ayu (yg ni mommy kenal ar), dia kata aah semalam nangis, lama jugak....waaa lama ekkk....semalam mommy ngn daddy amek sekali...sebabnya, mlm hari ke2 tu ade sekali Nuha ckp ngan daddy taknak sekolah...waaaaa, tak boleh jadik ni...so kami pujuk kata, Nuha sekolah, tp mommy n daddy amek tghari...takyah mandi n tido kat sekolah...so dia ok  balik....

dia seronok sekolah...sbb pg2 excited kuo kete nk masuk kelas...yg dia takleh lg stay smpi ptg kot....

smlm hari ke3 dia citer dia belajar ABC, tp suruh ulang cam malu2 pastu tak reti nk ulang....1st day dia start baca Al-fatihah n Surah Yasin...tp bercampur2 ar....Al-fatihah memang dia dah boleh baca.....Surah Yasin sy terkejut gak, 1st day dh boleh baca...even 3 ayat jer pun..tp bile pikir2, taklah terkejut sgt sbb sejak dari malam pertama lahir Nuha dah dengar Surah Yasin full kdg2 sampai mommy repeat 2-3 kali...setiap mlm sebelum tidur, Alhamdulillah, lekat dlm minda dia....

semalam balik sekolah, mlm pas mkn mlm, ms kemas beg sekolah, dia start baca doa...doa yg dia tak penah baca lg...Nuha cuma tahu beberapa doa jer...doa mkn, lepas mkn, sebelum tidur, niat puasa, buka puasa..bgn tidur, doa pakai bj (x lancar), ni jelah kot yg dia tahu...zikir kat cd n tv tu ade gak ar...emm maybe semalam tu mommy yg tak paham kot...sbb kan agak pelat n maybe bercampur2....tp Alhamdulillah, mmg nampak sgt progress dia...

Hari ni hari ke4...mommy amek kul 12 lg ar...skrg kul 10.15mlm dah start gelap semer umah...tido...smlm agak lewat...kat kul 11 br dia tido..tp Alhamdulillah pg td, mommy kejut sekali kul 7.15pg, pastu tgk2 kul 7.30pg dia dah bgn sendiri....excited nk g sekolah...so mmg sekolah seronok, yg tak seronok sbb kene tido kat skul kot...pg td sempat borak skit ngn Cikgu Ayu...dia ckp hari ke2 tu awal2 elok jer...dia nangis ms bgn tido...huhuhuhu....tu ar kan...Nuha mmg dari kecil, dr baby dari mommy lepas pantang, dia bgn tido akan tgk muka mommy, daddy atau pun Mak Ella dia jer...smpi umo 4 thn ni, kalo selain muka mommy n Mak Ella mmg dia nangis...even bgn ngan Daddy pun kdg2 nangis gak...huuu..takper ar, slow2..InsyaAllah lama2 bile dh kenal mesra ngn semer Cikgu br train lain plak stay smpi ptg....

emm...sy rase kan bebudak mmg suka ngn cikgu Ayu...pg td, ade budak dtg pas Nuha...muke kelat jer..Cikgu Ayu terus panggil nama dia, say sory sbb semalam cikgu takde, kat dapur...mesti budak tu nak ngan cikgu Ayu jer...so arini cikgu Ayu yg tgu depan pintu...seayu namanya, mmg Ayu, lembut jer...

satu lg problem Nuha...pakai tudung sat jer elok....pastu rambut start berlumba nk keluar...muahahah..mommy plak beli saiz L, sbb saiz lain dah abis...mommy tak pakaikan inner, sbb baru nk ajar pakai tudung lama, nnt dia panas....tengok ar....ms amek hari ke3 kul 12pm...huhu




selalu dia pakai kejap jer....boleh lah kan baru nak belajar....




so arinini mommy ikat rambut...pastu br sarung tudung...lupa snap gamno...Cikgu Ayu perasan...siap tegur, waa harini tocang rambut ek....hehehehe..

trail malam tadi...


teserlah keluasan dahi sayer...heheh....takpe, org kata bijak...InsyaAllah sebijak maksud nama nu sayang, Nuha = bijak...

mlm td tanya, esok nk saper amek?..mommy ke daddy...dia jawap "mommy & Daddy"...muah....love u la anak...

emm. panjangnya citer...dah dulu kot...

Demi suatu masa...sayang anak mommy...

Selasa, 13 Januari 2015

sekolah...

Alhamdulillah, hari ni dh hari ke2 Nuha g sekolah...Semalam smpi tghari jek...kul 12 mommy amek...tp harini, InsyaAllah Nuha stay sampai petang...Mommy amek pakej smpi kul 5.30pm...tp maybe harini ni amek awal skit...kita train pelan2....

Semalam dari pg smpi kul 12 cam nebes jer mommy....bila amek nmpk happy, lega..
pg td kat umah nampak steady jek....sampai sekolah, benti jer kete terus excited nk kuo...Alhamdulillah, petanda yg sgt positif...maknanya dia suka g sekolah...Cikgu baik n lembut jer....mmg ciri2 tuk handle budak2 beso ni kan...

walaupun Nuha baru 4 tahun 1 bulan, tapi dia masuk kelas budak 5 tahun...sbb kalo ikut thun mmg 5 thn la kan...almaklumlah lahir hujung tahun bln 12...takpe, she will get use to it.

Cukuplah smpi sini...mommy nk kene speed up ni.....sila yer....correction............

entry sal viva tertangguh lg...nnt la ek..

Demi suatu masa....sayang kamu...anak

Khamis, 30 Oktober 2014

laga vs legap...

Rentetan cerita pospone...

Alkisahnya sv bg tarikh tentative tuk viva pd 13 nov 14 then mock viva 31 oct yg sepatutnya esok..

ms mula2 bc email dia mmg gugup tergezut...legap...pastu pikir2 then setuju dgn cadangan dia tuk mock viva kat utm kl esok....sepatutnya ar kan...
tp yelah kan, tu decision 2 mgu lepas...
dlm ms tu byk dugaan dtg silih berganti....

dan kerana dugaan2 itew la (kalo boleh dipanggil dugaan la) maka tergerak hati tuk pertimbangkan semula
byk benda kene pertimbangkan, hal keje, lab, cuti yg cuma sedikit berbaki, kos lg sbb gaji yg sm nk jln perlis-kl-perlis then mgu depan perlis-jb-perlis...huhu

dan akhirnya setelah ditimbang tara, maka set plan lain, gerak ke kl then direct blk jb terus tuk viva...
maka sy pun kuatkan semangat tuk email semula pd sv minta tuk tangguh mock viva dr esok ke 7/11.so pastu blk jb terus stay smpi viva 13hb tu..ms tu dia masih kat US lg...co-sv dh setuju, so tgu sv blk m'sia cek jadual...dia blk 28, tp takkan aritu gak nk tny. so smlm tghari bg dia rilex skit, br email tanya...then semalam ptg gak dia reply setuju...kebetulan mgu depan ptg tu dia mmg ade meeting kat kl...so dia mmg akan dtg kl...kalo esok dia semata2 dtg tuk attend mock viva sy...

so lega ar satu perkara...pospone yg pertama berjaya...dan sebenarnya, sy tak yakin yg sy sempat abis study thesis sy..terbukti kegugupan itu ternyata benar sbb sy hanya berjaya siapkan slide tanpa polish..tanpa abis study bab literature lg...tu ar saper soh wat literature smpi 2 bab.  khannn dah tanggung.

balik dr opis smlm agak tenang la skit....dan pg td lambat cek email....kul 10 br cek..bukak2 nmpk lg email sv...jeng jeng jeng...

sv bgtau viva mungkin pospone sbb external examiner ade kerja luar...dan sv sy akan ke poland dr 16-23/11...

sy kol sps utm tnya tarikh baru...diorang pun takleh bg jawapan...plg cepat arini, atau awal mgu depan...so rasenya mmg mgu depan la kot sbb rini kan johor keje smpi 3.30 jek... dan rasenyer kan, sv sy ckp tak kat diorang dia takde smpi 23 nnt...sv sy mesti nk attend viva sy kan....so kemungkinan kah selepas 23hb..atau ade tak sebelum 16...muahahaha....gugup lg...

sebenarnya adakah sy lega...sy rase ms mula2 bc email tu tak tau rase aper..tp slps sy muhasabah diri, pastu plak bc komen kengkawan, sy rase mmg ade hikmahnya....mungkin lepas mock viva nnt, byk lg sy kene study...dan bile pospone, sy akan ade lebih masa tuk study..skrg masih suam2 lg study ni...dh bukan mood study kot skrg..kan dh keje....yolah tu..

sebenarnya mmg perasaan lega tu ade...legap....emmm legap la sat ms bc email tu....

tp mood study tetap kene on sbb mgu depan ni nk mock viva...dgn sv n co-sv sekali...tajuk sy ni mmg bidang co-sv sy...sama tajuk gitu lebih kurang tanbah tolak cuma beza tang ni tang tu ar.....

dan ade satu benda yg buat sy legap jap...actually mgu yg sepatutnya sy viva tu turn sy mengajar...tp sbb nk viva sy dah tukor sukarela dgn team teaching sy. dan bile jd gini, kene tgu tarikh baru then rasenya cam kene tune lain plak ni ngajor ni...lecture note br siap separuh, ritu benti buat sbb nk viva, then ngajor kan lepas viva...so sempat ar nk wat nnt...ni, camna ni.....

takper ar...kita tunggu ar tarikh keramat baru tu...


Demi suatu masa...dalam legap masih ade leganya