Khamis, 31 Disember 2015

Kecelaruan fikiran & emosi

Assalamualaikum.

Dh lama sgt tak menulis. Byk ilham difikiran yg nk diluah tp sepertinya ms tak mengizinkan. Atau sebenarnya masa yg ade sy gunakan untuk yg lain.
Cerita ttg PhD sgt lama tertangguh. Makan tahun dah. Cerita ttg rezeki berganda2 thn 2015 juga tak sempat direncana. Tp kali ni sy nk kongsi kecelaruan fikiran.

Alhamdulillah syukur padaNya saya dapat melahirkan anak pertama sy secara normal di Hospital Daerah. Perempuan. Ms berpantang anak pertama, kakak2 sy ade pesan jgn stress. Kau tau kan sal gila meroyan.... ms tu sy stress byk benda. Yelah anak 1st kan, mana tau nk urus benda semer. dok pjj ngn hubby plak. Mmg dok ngn mak abah tp byk gak urusan hubby buat. Cth basuh bj dan etc etc...Bermula lepas kelahiran, ms tu dihospital...takde saper guide ttg penyusuan susu ibu.... dan seterusnya Rezeki anak sayer bf hanya seketika. Sy gigih pump juga tp anak sy tetap refuse ebm. Direct feed lg dia tak pandai. Berperang sakan ms nk nyusukan dia. Airmata mommy jgn ckp ar. Dan hubby ckp, itu dah ketentuanNya. Sedikit demi sedikit sy mula redha. Sampai satu ms, sy tk ingat bp bulan (atau mmg sy taknak ingat) anak sy total refuse dan dia totally fm. Tu citer 5 tahun ++ yg lepas... Alhamdulillah dia tetap membesar sihat.

Harini cukup 2 bln lepas sy lahirkan anak ke2 sy. Lelaki. Ditakdirkan sy bersalin secara Emergency czer. Sy admit ward ms cukup 40minggu preggy. Tanpa sebarang tanda tuk deliver. Biler cek jln pun x buka lg. Pg tu pas anta kakak di tadika, sy n hubby g bekpes dn serah diri dlm kul 9.30pg. Sy start off internet di fon. Putus hubungan wasup jap ngn kengkawan n famili. Hati sy sayu. Anak kedua sy pilih tuk bersalin di Perlis bertemankan hubby jer. Pantang sendiri. Plan tuk induce esok pgnya. Tp pg tu bile cek jln dah buka 3cm. So terus kene msk labour room sbb bacaan ecg baby tk cantik. Pecah air ketuban kul 9pg then tetibe kul 10pg misi jerit 'brady' berulang2. Sekelip mata penuh misi n dr keliling katil. Sy tny misi blh kanan dia tak jwp. Mata dia dok awas monitor smbil jerit soh panggil MO..yg ade dgn sy masa tu HO jer. Sy toleh misi belah kiri tny kenapa...misi tu ckp kene emergency czer. Ms tu mmg terkejut sgt. Tetibe sy menggigil then misi jerit bp mak naik 160....dtg MO terus explain nk msk alat attach kat kepala baby nk cek jantung. Camtu la lebih kurang. Bacaan sama cm monitor. So mmg bacaan monitor betul...terus kalut tuko katil sign segala borang...tny ttg husben. Tny ttg vaksin segala. Terus disorong dgn berlari2 ke dewan bedah. Tuko katil lg. Sign borang lg. Dr tny ttg alahan, sakit dan segala la. Disorong msk ot Dr lain plak tny lg soklan sama. Dlm ot tuko katil lg. Kene duduk peluk bantal kepala rapat ke dada. Dr nk cucuk bius kat tulang belakang. 1/2 badan. Segala apa yg Dr nk buat dia akan inform. Inject tahan muntah 2x sbb sy muntah 2 kali ms ot tu. Dia akan sedut muntah kita sbb dh kita takleh gerak. Pastu kiri kanan tgn kene drip. Satu yg biasa tu saline kot org pgl (maaf kalo silap) & satu lg pitosin (pun maaf kalo silap) tuk bantu kecutkan rahim. Rupanya pas baby kuo sy tumpah darah. 1200ml. Misi kata yg sepatutnya 500ml shj samada normal atau czer. Dr ade explain sy tumpah darah ms bersalin. Diorang dh ready tuk blood transfusion tp tak jd sbb depa dpt control bleeding tu dan HB sy ok. Before bersalin 12.5. After 11.8 kot. Baru nmpk kepentingan  jg HB..huhu. ms misi jerit brady sy sempat tgk jam kul 10am. Then baby lahir kul 10.20am. Betapa singkat ms yg diambil tuk keluarkan baby sy supaya dpt lahir dgn selamat. Mmg efisen.2

Sebenarnya sepanjang mengandungkan 2nd baby ni, byk dugaan n cabaran kerana peningkatan usia dan berat badan serta penurunan tahap kesihatan. GDM on d/c. Penah bacaan jantung baby lemah ms checkup. Nk dptkan 10 gerak punyalan payah. Ms tu sy diberi sedikit ujian tp diberikan hubby disisi. Ms anak 1st byk sendiri sbb pjj. Ms pregnant sy ade satu instint kata hati bahawasanya kemungkinan tuk bersalin czer tu tinggi. Tp tidak sedikit pun sy cr info ttg bersalin czer. Sy hanya tny serba sikit pd kawan yg bersalin czer dan misi. Sy tau kene warded 3 hari jer. Tp sy taktau yg kene baring telentang 6 jam after czer. 24 takleh jln dan pakai tiub kencing.

Pengalaman paling mencabar adalah selepas discass dr bilik post ot, ms kat ward bersalin. Ms smpi tu tghari ms melawat. So hubby ade. Bile hubby dh blk sbb abis waktu melawat. Maka bermulalah cabarannya. Sy kene telentang 6 jam. So ptg dlm kul 6 br leh gerak. Hanya kepala n tgn leh gerak. Sy tetap kene susukan baby. Tp kene org tlg angkat baby, letak kat tepi sy, suakan niple kat mulut. Semua kene bantuan. Dan sesungguhnya Allah Maha Besar. Sy diletakkan di katil tepi jln utama. So bile baby nk susu or nk angkat bby semula dr sy semua misi akan tlg. Suakan niple pun kene misi tlg. Mmg sy sgt2 berterima kasih dgn semua misi2. Dh pas kul 6pm Dr benarkan sy tinggikan katil bhgn kepala. Tp tak dpt bantal pun. Ntah ar. Mana pegi bantal sy ntah. Dn dh boleh start minum air kosong. Minum sikit2 sbb takut muntah. Tp bile dh mlm sy gigihkan bgn dr katil sbb sampai bile misi nk tlg angkat baby. 1st time bgn mmg pusing tp pelan2 la. Nasib pakai tiub so takyah bgn dr katil. Dan pengalaman tu mmg sgt superb bg sy. Sbb sy takde ilmu so sy redah jer. Dan sy berjaya harungi. dan sy juga takde saper jaga teman sy lepas bersalin.

Baby mmg pandai menyusu. Pelekapan elok jer. Tp masuk hari kedua baby start nangis. Susu cam takde. Sy siap nangis2 bgtau Dr. HO jer ms tu. So dia pgl sister. Mula2 sister tu dtg agak kerek n marah2. Then bile diskusi dan sy nangis dia mula down. Sy strugle bf ms kat ward. Baby almost 24hours lekap sbb macam tak puas susu. Dan esok2nya sister tu jd geng borak sy. Huhu. Sister tu baik sebenarnya tp smlm agak tegas skit. Dan bile discass esok harinya kene g KK cek jaundice. Pg tu bacaan 12.4. Tinggi. Sepatutnya below 12. Misi KK.bg 2 pilihan. Terus g hospital admit ward or try phototeraphy kat KK dulu. Sy decide try kat KK dl. Tp tghari tu bby cranky haus sgt so tk byk dok bwh lampu. Turun takat 12.2 jee. Mlm tu baby kene admit gak. Tghari tu hubby 1st time wat fm. Baby hisap dgn laju sgt. Tp sy tak teruskan fm. Baby warded semlm.jer. esok tghari jaundice dh turun. Kat ward sy tak bekalkan ebm. So baby minum fm gak. Esoknya lg pas discass ward kene cek kt KK lg. Hubby ckp misi ckp kat dia kalo takde susu badan bg fm jer. Sy pelik gak. Esoknya misi yg lawat rumah pun ckp yg sama. Dia ckp sbb sy darah o so susah nk turun. Dia siap ckp kalo blh stop bf dulu bg baik jaundice. So sbbkan sy mmg agak stress sbb risau kan baby so sy bg fm kat baby. Tp bf tetap teruskan. Dan sejak tu baby dh start demand nk fm sbb senang kot. Sy tetap usahakan supaya baby bf jugak even berperang ms nk bf sampai harini. Impian seorang mommy nk bg yg terbaik tuk anaknya. Cuma kali ni kadar stress bf agak kurang banding dgn anak 1st. Mungkin sbb dh ade experience.

Sy tau dan dah biasa rase pandangan org ttg anak fm jer. Perit mmg ade. Sy risau sgt nk bersalin kat hospital kerajaan sbb bf frienly. Sy mmg ade terpikir nk bersalin kat swasta tp risiko tuk sy czer agak tinggi. Dan akhirnya sy ke hospital gomen. Dan sy teruskan checkup anak sy di klinik gomen juga. Alhamdulillah setakat ni bile bgtau misi anak sy bf dan fm depa tak wat muka ketat macam anak 1st dulu. Tp td biler Dr tny, sy bgtau jujur dan terhasillah muka ketat Dr....tu yg terhasilnya entry ni. KECELARUAN FIKIRAN DAN EMOSI. Hubby ckp kenapa tak tipu ckp jer full bf. Sy ckp taknak ar. Nnt kalo ade apa2 hal jenuh nk counter semula.

Bukan sy tk cuba tuk fully bf. Yer sy cuba dan usaha. Tp mungkin usaha sy belum cukup. Sy tak jg mkn sy mungkin so milk production tak produktif. Dan sekarang sy guna cara kalo nk bf baby kene ms dia belum betul2 lapar dan tak cranky. Lebih baik ms dia mamai bgn tido. Kalo dia haus lapar sgt2 mmg jgn harap dia nk bf. Alhamdulillah sy masih dpt merasa nikmat direct bf walaupun sikit. Sesungguhnya sy rase sy faham perasaan wanita yg terjun bangunan ms pantang hr ke 10 kalo x silap sbb takde susu badan. Sy jg bc post seorg Dr ni... bf perlukan support system. Org sekeliling. Saya setuju. Sgt2 setuju. Dan saya seharusnya berbangga dgn diri sy kerana sehingga ke hari ini sy dpt membesarkan anak sy dgn support org sekeliling sy even tak fully bf.. berpantang sendiri dgn 2 org anak, sesungguhnya byk cabaran. Ms usia baby 2 mgu, anak sulung sy kene chicken pox. Tak dpt dikuarantin dr baby sbb kami tiada famili terdekat disini. Hanya minta kakak kurang cium dan sentuhan dgn baby. Sayu sgt hati bile tgk reaksi kakak ms tu. Tp mom n dad tabahkan hati. Kakak belum paham. Dan ms baby 29 hari dia plak kene chicken pox dn sy pun kene esoknya. Masa tu br kami tk halang kakak cium baby. Ms tu baru nampak keceriaan kat muka kakak. Dia happy sgt dpt cium baby. Ya Allah, mmg sayu sgt ms tu.

Dugaan jugak bile baby demam ms kene chicken pox tu. Mujur hanya 2-3 hari. Tu pun mommy tak keruan. Merah mata pikirkan baby. Almost kene admit lg tp nasib Dr benarkan sy jg sendiri kt umah.

Sesungguhnya setiap ujian mengajar sy ttg sesuatu. Setiap sesuatu yg terjadi ade hikmah disebaliknya dan sesungguhnya aturan Allah tu lah yg sebaik2 nya. Saya telah sgt byk dikurniakan kebahagiaan n rezeki berganda2. Allah hanya uji sedikit sahaja sudah kau keluhi. Allah anugerahkan sepasang cahaya mata buat kami supaya kami didik jd insan berguna dan jd bekalan di akhirat nnt. Perjalanan phd sy bernoktah pd tanggal 18 feb 15 bila secara rasmi utm mengiktiraf degree sy. Hubby juga naik gred jawatan begitu juga sy. Kunci rumah baru telah diterima cumanya menunggu sedikit ubahsuai shj. Hubby juga dpt tambah harta dn hutang baru...tuk melancarkan perjalanan hidup kami seharian memandangkan si emas jjj telah 10 thn berkhidmat. Sesungguhnya nikmat ape lg yg nk kau dustakan.

Ya sy sgt bersyukur atas segala kurniaan dariNya. Cuma di ruangan ini sy ingin berkongsi rasa hati yg tak keruan ptg td. Semoga dgn terbitnya fajar tahun baru 2016 esok membawa semangat br tuk sy supaya lebih positif. Biarlah duka semalam bersemadi bersama 2015 yg ditinggalkan. Dan indah 2015 menjadi pemangkin tuk membentuk hidup lebih bermakna

Demi suatu masa....2015 yg indah