Selasa, 14 Julai 2009

Lung Infection...

Paru-paru sy dijangkiti kuman...

Rentetan ceritanya mula sy demam pas balik dr jaybee ms tunang ritu...then cek dr pd 6/6/09.dpt la sebeban gak ubat..ngan antibiotik siap...mkn ubat cam takde kesan gak...dpt antibiotik tp tak rese kurang pun...bile ubat abis...badan cam ok..ok jer..takde la baik sgt pun...still lemah, demam dah takde..tapi batuk ngan selsema tak ilang...cuma berkurang....

pastu mgu depannya sy ikut kursus PTK selama 2 minggu...tp batuk still tak kurang...pas ptk tu, sy demam lg...sbb tekanan sama, tak cukup tidor, tak cukup rehat...sy plak ade histori low and high blood pressure...dr dh pesan cuba kurangkan, or cuba elakkan dr terdedah dgn presure kerja...tp nk wat camna...dh kene amik gak ptk..redah jer aar...selama 2 minggu tu..almost 2-3 kali sy kene migrain..pastu sudahnya tido jer aar...

pas ptk tu, sy g lg klinik 1/7/09...sbb demam, batuk n selsema...dr Lu yg rawat sy terkejut sbb tak smpi sebulan sy demam lg...dia tanya, sy smoking or dok kat org2 smoking...huhu..of koz sbb tunang sy smoking...pastu dia tanya batuk berkahak tak..warna apa...bile cite simptom2 batuk sy,...tidak berkahak or jarang...if ade pun warna jernih...then lain2 simptom...pastu dr ckp sy alahan...dia kata, alahan bukan hanya naik bintik2 ruam jer..yg sy alami ni pun kire alahan gak...

pastu dr kata, dia bg ubat yg mild jer..cuma kenalpasti punca alahan then elakkan...elakkan dr terdedah pd asap rokok dan habuk...sbb dia kata tak gune dia bg ubat yg heavy tp still gak terdedah ngan semer tue...nanti kalo g cek darah, detect ubat jer byk..tak tau sakit aper...ok ar...

Tapikan...ubat semer dh abis...demam, selsema n batuk sy tak kebah jugak...sy rase badan sy panas dan bahang...cam haba kuo dr badan...badan sy makin lemah..takde kesan baik pun...pas abis ubat sy mkn vitain pharmaton 2 hari...pastu lain plak cite...sy kene sakit ulu hati...sgt kerap...tgn jd menggigil...lain pulak kesannya...sy stop mkn...sakit ulu hati makin kurang...tp rase gak skit2...

Badan sy still lemah lg dan panas...smlm pas bekpes sy raso loya tekak...ngan tak larat sgt..ptg ade lab drawing plak...dengan keadaan lab yg berdebu...batuk sy makin terk...siap bersin dan sakit tekak sgt ptg smlm...pastu collape...plan nk g klinik ptg tu, tp sbb tak larat, blk umah sy tido dulu..mlm baru g klinik...mlm 13/7/09 sy jumpa dr lagi...kali ni Dr Fadzly...sy cite sal demam n batuk ygtak baik dah sebulan lebih...dia cek suhu badan cume 37.2 degree jer...tak demam..tp nape badan sy rase panas...pastu cek dada ngan stethoscope dia...agak lama..dia cadang soh terus wat x-ray dada..sbb dia kata dh dpt dgr sgt paru-paru sy...ngan bekalan ubat-ubatan nyer...antibiotik, demam, batuk dan kahak...(kene isi 2 borang sbb antibiotik tu mahal)..then wat appointment sok tuk x-ray.huhu

td 14/7/09 sy g klinik faezah lg wat x-ray dada, then jumpa dr Jay...pas tgk x-ray dr Jay cakap...paru-paru saya dijangkiti kuman...ade kesan jangkitan di kedua-dua belah paru-paru sy..tp byk belah kiri...dia kata ni awal lg...sbb tanda2 tu br skit...kesan habuk yg terhidu dr open air, then tertinggal kat paru2, then jangkit kuman plak...dia kata takpe, tgk saluran pernafasan sy ok lagi...so dia cuma sy teruskan antibiotik yg sy dpt smlm...kalo abis tp tak ok gak...abis 2nd dos antibiotik tu....hopefully ok...kalo makin teruk ade risiko kene pneumonia lak...yg tu kene admit wad, then masuk antiobiotik cecair terus dlm badan...smpi kuman fully ilang..selagi tak ok...selagi tu kene cucuk ubat... itu apa yg dr cakap...mintak simpang..

pastu dr cadang kan supaya sy beli face mask tuk elakkan dari terdedah ngan habuk dan sebarkan kat org...patu td sy tak g lab drawing & design...sbb tak larat sgt + mkn ubat mengantuk + taknak jd penyebar virus.... semalam dh run satu lab drawing..so rini mintak plv run satu lg lab..tuk program satu lg...hopefully ok... hukhukhuk...lab drawing tu sgt la berhabuk...dahla lab tu 4 kali seminggu...1 lab 3 jam...seminggu 12 jam tu...camna sy nk harungi satu sem ni...

harap2 semua ok...abis jer proskripsi ubat ni...sakt sy pun baik..Insyaallah...

sedikit perkongsian maklunat tentang pneumonia (sumber: http://www.jknselangor.moh.gov.my)

Pneumonia
Apakah itu Pneumonia?

Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi-pundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob.

Bagaimana anda mendapat penyakit ini?
Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil "flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah. Apabila keadaan badan anda lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah. Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali. Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau Pneumonia itu berlaku dengan sendirinya. Sekali anda mendapat serangan Pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.

Tanda dan gejala
Kadangkala Pneumonia ini mengelirukan. Ia mungkin datang dalam bentuk selesema atau flu yang kemudiannya menjadi teruk. Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria Pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur.

Gejala-gejalanya termasuklah:
• Demam (390-400C) dan menggigil.
• Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).
• Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam
• Bernafas dengan cepat dan pendek,
• Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.
• Berpeluh dan muka kelihatan merah.
• Hilang selera makan atau perut meragam.

Bagi kes Pneumonia yang disebabkan oleh virus, ia bermula sebagai batuk kering, sakit kepala, demam, sakit otot dan kelesuan. Apabila keadaan semakin melarat, batuk mula mengeluarkan kahak dan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya pesakit mendapat jangkitan virus selepas serangan jangkitan bakteria. Inilah yang dikatakan jangkitan sekunder.

Tabiat yang baik
• Amalkan pemakanan seimbang, banyakkan rehat dan bersenam secara tekal untuk menguatkan sistem pertahanan badan melawan jangkitan.
• Jauhkan diri dari asap rokok dan lain-lain perengsa
• Dapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang ringan (selesema dan batuk).
• Berehat dan kawal sebarang tekanan emosi yang boleh mempengaruhi sistem imun badan.
• Amalkan kebersihan diri yang baik.

Rawatan
Jika anda telah didiagnos dan disahkan menghidap Pneumonia, ikutilah rawatan di rumah seperti berikut:
• Minum lebih banyak cecair, antara 8-12 gelas sehari. Lebihan cecair akan dapat mencairkan mukus.
• Berehat secukupnya.
• Berhenti merokok.

Berjumpalah doktor sekiranya....
• Gejala-gejala masih berterusan.
• Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan.
• Kesesakan nafas semakin teruk.
• Batuk yang berpanjangan.
• Kahak berubah warna.
• Sesak dada.
• Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru.
• Kahak mengandungi darah.
• Muntah, loya dan mengalami cirit-birit.
• Fikiran terkeliru.

Sekian tuk kali ini...

Demi suatu masa...mudah-mudahan penyakit sy semakin sembuh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan