Rabu, 8 April 2009

Akhirnya...... Aziana 'kembali'

Kini secara sah saya telah 'kembali' kepada JD asal saya (mendidik dan menyelidik..waaaa). Penantian untuk 'kembali' akhirnya menjadi realiti.

Inilah surat yang saya tunggu-tunggu. Setelah sebulan lebih skit menunggu, akhirnya pada hari Khamis 2 April 09 lebih kurang kul 3 ptg surat ini sampai ke tangan saya... Dengan senyuman lebar saya membaca surat ini:

****************************************************************************
Tarikh: 31 Mac 2009

Puan

UCAPAN PENGHARGAAN

Dengan segala hormatnya........

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya bagi pihak U***i M***a P***s ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terim kasih kepada puan atas segala bakti dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang ditugaskan sebagai Pengerusi Rancangan Metalurgi.

3. Semoga puan akan teus cemerlang dalam apa jua tugas yang diamanahkan.

Sekian, terima kasih

Yang Ikhlas
............................

*****************************************************************************

Maka kini saya boleh senyum kembali. meniti hari seperti dulu lagi. Tanggungjawab yang satu itu berakhir sudah secara rasminya. Rakan sejabatan pun sudah mendapat surat pelantikan beliau menggantikan tugas saya walaupun back dated sebulan...huhu

sebulan gak aar saya memangku @ menjalankan kerja2 berjawatan itu walaupun sudah tidak layak @ tidak diiktiraf lagi....hehehe...takpe aar. yg tu dikira sebagai amal jariah. masa pegang jawatan dulu pun bukan nye takde ngulo pun kan...ok aar tu

So, tuk entry ni, sy sgt hepi kerana apa yang diimpi kini realiti. emmm.. lepas ni kene jadi pendidik berhemah aar...takde alasan tak sempat sbb banyak keje dah....hehe...kene jadi penyelidik berkaliber aar...walaupun pd masa menaip blog ni sy sedang menconteng hasil tulisan kajian pelajar sy. (takpe ni waktu lunch..hohhohohoho)

Demi suatu masa... sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan...hanya kepada mereka yang dahagakan kesabaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan